Saturday 20 October 2012

Cara-cara untuk Bergaduh dengan Ohsem...

Assalamualaikum...   

Semua orang pernah bergaduhkan?=')..Salah satu sebab ialah tak semua di antara kita sebagai manusia akan bersetuju dengan pendapat orang lain setiap masa. Dan, orang lain pun takkan sentiasa setuju dengan pendapat kita..betul tak?.Tetapi!!,dalam percintaan/perhubungan,perbalahan boleh menjadi terlalu mengikut emosi,sampai ke tahap boleh melukakan hati pasangan.Yer sila bercakap  melalui pengalaman..=='

So, aku nak bagi tips sikit cara-cara untuk kita gaduh-gaduh manja tapi masih kelihatan hebat..meh-meh baca..


 1) Jangan Bersyarah

Dalam perhubungan yang matang,anda mesti menghormati pasangan anda dan juga diri sendiri sebagai orang dewasa.Bila anda mula bersyarah dengan panjang lebar kepada seseorang itu tentang kesalahannya ,ini boleh mencetuskan perasaan yang amat tidak selesa dalam dirinya.Satu ‘kuasa’ memberontak dan tidak puas hati terhadap anda boleh wujud hasil dari sikap tersebut.Oleh itu,selain dari bersikap “anda adalah betul” dalam situasi seperti ini,adalah lebih baik anda bercakap tentang bagaimana cara untuk membetulkan kesilapan yang telah berlaku.Fokus anda mesti kepada bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang timbul dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.

2) Jangan Balas Dendam

Selalunya,bila hati seseorang itu benar-benar disakiti oleh pasangannya,dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula.Biar pasangannya rasa bersalah dan rasa apa yang dia rasa.Kononnya supaya pasangannya “sedar” bahawa kesalahan telah dilakukan.Pada masa itu,tindakan macam ni seolah-olah idea yang bagus,sebenarnya akan memalapkan lagi perhubungan.Jangan bertindak begitu.Bila anda salahkan pasangan anda tentang sesuatu perkara dan cuba buat dia rasa bersalah,anda mengatakan bahawa anda Betul dan dia Salah-hukuman telah dijatuhkan,susah nak selesaikan pergaduhan anda!

3) Jangan Tinggikan Suara

Bila emosi dan kemarahan menguasai diri,adalah sukar untuk mengawal suara lebih-lebih lagi bila pasangan anda sendiri meninggikan suara kepada anda.Walau apa pun,anda mesti ingat,merendahkan nada suara dan bercakap dengan tenang dan tidak menengking amat penting bila berbincang dalam sesuatu konflik.Suasana tenang membolehkan anda dan pasangan mendengar dengan lebih baik apa yang diperkatakan terhadap satu sama lain.Konflik dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan tidak merebak dengan lebih teruk dan merosakkan.

4) Elakkan Terlalu Peribadi dan Sensitif

Masa situasi konflik tengah hangat,janganlah terlalu sangat “terasa”,jangan terlalu sensitif atau “take it too personal”.Keadaan yang tengah “panas” boleh buat anda terlepas cakap.Oleh itu pastikan anda tidak terlalu sensitif atas segala yang sedang diperkatakan kerana selalunya emosi lebih menguasai keadaan pada waktu ini.Oleh itu,kadangkala ada waktunya perkara betul yang pasangan anda katakan boleh menjadi perkara yang amat sensitif bagi anda dan anda pula boleh terlepas cakap atau sengaja “melepas” cakap tanpa berfikir panjang.

5) Jangan Timbulkan Perkara-perkara Kecil

Bila tengah bergaduh tu,jangan timbulkan perkara-perkara kecil yang langsung tak membantu selesaikan masalah.Perkara-perkara kecil yang dalam 2-3 hari akan datang tu dah boleh lupa contohnya la,tak perlulah diungkit.Fikir sebelum timbulkan benda-benda kecil macam ni sebab ia takkan membantu,membakar semangat marah dan terukkan lagi keadaan tu adalah.Benda-benda kecil ni termasuk la juga perkara yang dah lama terjadi dah…3-4 bulan lepas contohnya-jadi tumpu hanya pada isu yang sedang berlaku.

6) Mendengar Dengan Teliti

Walaupun susah nak dibuat,anda perlu jadi pendengar yang baik dan teliti.Pasangan anda mungkin dengan jelasnya beritahu apa yang anda berdua perlu untuk selesaikan masalah tapi disebabkan anda tak ambil perhatian,tak dengar dengan baik dan teliti,bukan saja cadangan dia anda tak ambil kira,malah anda pula bagi penyelesaian yang takde kena-mengena dan merumitkan keadaan.

7) Fokus Satu Isu Pada Satu Masa

Seperti biasa yang anda mungkin dah banyak kali dengar…fokus!Perkara terbaik yang anda boleh buat ialah kenal pasti apa punca sebenar masalah dalam perhubungan anda sekarang dan cari penyelesaian untuk isu itu sahaja.Bila anda mula bercakap tentang banyak perkara,macam-macam isu, anda mengelirukan keadaan.Selesaikan satu persatu dan bergerak ke punca isu yang lain bila isu pertama selesai.Tentu sekali anda ingin tau apa cerita sebenar yang jadi punca mengeruhkan hubungan anda supaya masalah dapat selesai dengan cepat,jadi pastikan anda fokus!

8) Jangan Serang!

Biasalah,dah terlalu marah sangat,anda pun “naik angin”…bila perkara macam ni berlaku,biasanya anda boleh menyerang peribadi pasangan anda.Sebelum perkara macam ni berlaku,fikir dan sedar bahawa ia TAKKAN membantu malah memburukkan keadaan.Anda ingin selesaikan masalah,bukan nak serang pasangan anda.

9) Mesti Hormat

Perbalahan/pertelingkahan dalam perhubungan boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu lebih matang dan lebih rapat malah lebih indah setelah konflik dan isu berakhir dengan baik.Nak jadi macam ni,anda perlu faham perbalahan perlu di lihat dalam konteks “learning experience” atau proses belajar selain melihatnya dari satu sudut saja.Beri perhatian,sabar,tenang,buat “eye contact”,tanya soalan yang relevan dan diperlukan dalam masa yang sesuai.Ini adalah antara cara utama untuk menunjukkan sikap hormat kepada pasangan anda.Bersama,dengan sikap seperti ini anda berdua PASTI boleh menyelesaikan segala masalah yang melanda.

10) Jangan Tinggalkan

Satu lagi perkara yang sukar dibuat bila bergaduh ialah berada tetap dalam tempoh konflik itu sedang berlaku,dari mula sampai selesai.Ramai orang bila dah tak tahan,marah sangat,terus tinggalkan pasangan,bermaksud terus keluar dari “medan” konflik atau pertelingkahan sekaligus membiarkan situasi “tergantung” macam tu je.Pasangan pun dia tinggalkan sorang.Okay,walaupun rasa tak boleh tahan sangat,marah ke,“tension” ke,jangan angkat kaki,tinggalkan konflik dan pasangan macam tu je.Bagi tau dia anda perlukan masa sekejap untuk tenangkan fikiran sebentar,mungkin anda pergi duduk tempat lain kejap ke…kemudian pastikan anda datang semula.Ini secara tidak langsung menunjukkan anda seorang yang berkaliber dan dapat mengurus emosi dengan baik tak kiralah anda lelaki atau wanita.


Ini adalah kebanyakan tips yang aku cuba absorb setiap kali bergaduh dengan En IFS. Kadang-kadang dengan orang lain pun aku akan praktikkan dan memang berkesan.Tips ni aku terbaca pada satu blog tapi link dia dah hilang sebab entry ini lama dalam draft.. 

Till then sampai jumpa lagi cik Blory..semoga bermanfaat ok..

Sunday 23 September 2012

Celaru

ohh tolonglah..

Aku sedang mengalami krisis rumahtangga..

Ehhh?? 

Tapi aku belum berumahtangga..

Dah dah.. jangan kacau aku sat nah..

Nak tenangkan fikiran..

Bye!

 

Saturday 22 September 2012

Kasut baru mak

Hi,

Ni perbualan aku dengan mak kelmarin pagi.

Jam: 8.30 am
Lokasi: Beranda uma abah aku
Situasi: Aku dengan mulut penuh kuih apam yang abah beli sebagai breakfast sedang memakai stokin. mak pulak tengah siram pokok orkid kesayangan die yang berharga RM15 seunit sambil diperhatikan abah.

Aku: Mak,topup ade lagi kan? Nanti kalau free call adik ci'ah (adik bongsu aku). 
Mak: Kenape? 
Aku: Saja........
Mak: Hmmm ok..(dengan muka hairan)

Aku pun terus salam diorang dan tetibe....

Mak: Kak nanti belikan mak kasut macam yang akak pakai tu (sambil tunjuk kasut/sepatu yang aku tengah sarung)..
Aku: (Garu-garu kepala yang tak gatal)..La tetibe nak pakai sepatu plak? kenape?
Mak: Sajasajasajasaja.... (sila baca dengan nada bergaung)

Aku pandang abah dengan muka tak best...

Aku: Ada ke size mak? hujung minggu ni lah baru kite carik k? (sambil panaskan enjin kereta)
Mak: Mak nak yang macam akak punya..corak zaman dulu-dulu....cantik..warna koko..bla bla bla...
Abah: Mak kau ni teringinla tu...
Aku: Yela, hari ahad nanti kite carik..mak kene ikut sebab size kaki mak tak tentu..bla bla bla.....(sambil tutup pintu kereta)...

Sebelum gerak, aku perhatikan mak dari dalam kereta..dia mengomel apa ntah...senyum-senyum dan gelak-gelak. Dalam hati aku rasa dia boleh lah terima cadangan aku untuk carik kasut tu hujung minggu ni..huhu lega la sebab biasanya Jumaat ialah hari yang sangat pack untuk aku.Aku harap sangat mak memahami situasi anaknya ini.

Aku: Mak,abah..akak pegi keje dulu...
Mak: Yela..mak nak yang takde riben besar-besar tau kak..takut mak yam ketawakan mak pulak ESOKKK.....hihihihi...hati-hati bawak kerete tu..abahnye, tak sabar nak tggu iin balik petang nanti..esok bolehla pakai sepatu baru pegi klinik...
Aku:????????????????


Aku tak tau nak sambung dialog tu macam mana =..="


Inilah kasut aku yang my mummy tersayang dok perhatikan tu...tak lawa mane pun. Kiranya ni kasut keje akulah merangkap kasut jejalan..aku pun naik pelik ape yang die berkenan sangat kat kasut ni..eerr kecuali riben tu die tak suka...hmmm..


Jangan salah faham ok. Bukan aku tak nak belikan mak kasut. Aku tak kisah pun cumanya aku lebih suka beli pada hari minggu. Aku tak suka pergi shopping complex pada hari bekerja terutamanya hari Jumaat dan semestinya  dengan uniform..uuuhhh tak suka tak suka!...

Tapi untuk kali ini,dalam keterpaksaan aku melangkah jua keluar pada time lunch menempuh kesesakan kenderaan yang didominasi kaum adam yang berpusu-pusu keluar menunaikan solat Jumaat (sila baca dengan satu nafas). Ggrrrrr jam kemain dengan encek lori dan encek motosikal yang bersimpang siur. Sabar sabar......

Mak aku ialah pesakit kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung atau lebih dikenali dengan nama penyakit 3 serangkai. Disebabkan itu, kadang-kadang kaki mak akan membengkak sampai sukar nak cari sandal/kasut/sepatu yang sesuai dan selesa. Size kakinya akan bertukar-tukar. kejap size 8, kejap size 9, dan kali ni 10 mungkin..uhh sabar sabar..

Tapi kali ni..alhamdulillah, berkat hari Jumaat agaknya. aku berjaya jumpe kasut yang die nak sangat tuh..Lega dan lega sangat dapat tunaikan permintaan orang yang kita sayang..hihihi..insya'allah, selagi termampu dan terdaya aku akan cuba penuhi permintaan kedua orang tua ku.. 



Hehehe..mak niii..pandai je nak mintak kasut yang super comel tau.tengok takde pun riben...sweetkan mak aku..sayang sangat dekat mak..mmuahh muahhh ..^^

Orait..dah dulu cik blory. next time aku up entry lain yer..


Sayangila parents kite ok!! bye.


 

Thursday 20 September 2012

Tentang diri

Hai,

Seperti yang aku dah janji. Aku nak cerita serba sedikit pasal diri aku. 

Aku tau takde orang nak tau pun tapi aku anggap blog ni macam dairi aku. Yup dairi..dulu masa zaman sekolah aku suka menulis everything tentang kehidupan aku. Biasala remaja kan, zaman mencuba segala yang baru.

Now, zaman tu dah pun berlalu. Takde pun dairi untuk aku tulis walaupun dalam kepala ni rase nak muntahkan semua. Rasa diri ni kolot pulak kalau pergi Popular then beli DAIRI..budak-budak pun tak beli dairi dah sekarang. Semua pakat beli novel je..uurghh budak-budak zaman sekarang..

Sebenarnya life aku boleh dikatakan sangat sibuk. Since keje dengan Sime Darby aku jadi orang yang agresif, yang tak sempat nak duduk diam. Di sini mereka sangat strict sehingga aku berjaya menjadi seorang multitasker. (bunyi macam hebat je kan..hihi)

Di sebabkan keje aku yang serious, secara tak lansung membentuk sifat-sifat 'kurang nak bermesra' dalam diri aku. Aku jadi orang yang tak pandai bergurau. Betul aku tak bohong sebab kebanyakan gurauan aku tu kasar sehingga menyinggung orang lain.(uhh aku rasa bersalah bile bende ni jadi okeh)

Tapi jauh dalam hati aku, aku seorang yang penyayang. Takde niat pun nak buat orang menyampah atau kecil hati.Betul aku sayang semua orang yang aku kenal walaupun aku lupe nama dia,rupa dia dan whatsoeverla..aku tetap hargai mereka.

Nak tengok tak rupa aku time serius macam nak makan orang??


.
.
.
.
.
v

ketatkan muke aku..hihi


Time ni aku tengah check sparepart untuk mini traktor. Berkerut-kerut dahi aku nak catit part nombor die yang panjang tu. So kalau sesape kacau aku time ni memang die akan kene makan dengan aku!..After this aku akan masuk store untuk buat semakan sama ada cawangan aku ada tak barang yang di request tu.. Kalau ada kenela aku supply pada customer aku yang terdiri dari estate dan ladang di seluruh Malaysia.

Ok, stop dengan muka serius yang buat orang nak lempang-lempang tu. Check it out pulak muka kat bawah ni.

.
.
.
.
.

mood gile dtg!

Hehe betapa cerianya muka aku!! Rasanya dalam sebulan ade la sekali dua aku akan jadi hyper mcm ni..Terutama time lepas tutup buku dan time gaji masuk..hahaha..Ini barula sikap sebenar aku..tengok je la gambar tu. Malas aku nak explain banyak-banyak lah.

Inila serba sedikit tentang diri aku. Akan ada lagi kisah-kisah yang aku nak cerita lepas ni. So besabarla wahai blog+dairy= BLORY..hihihi..suka hati aku je kan..Orait cik Blory..sampai ketemu lagi..bye!

Wednesday 19 September 2012

Comeback

Assalamualaikum..

Ehhemm(berdehem sebab tajuk macam artis)..

Pagi ni aku datang ke tempat kerja dengan satu perasaan ingin membaiki hubungan aku dengan blog ini. Malam tadi semasa layan pakcik youtube, dengan tiba-tiba aku teringat yang aku dah lama tak jenguk kat sini.Aku rasa sangat-sangat-sangat bersalah. ='(

Dengan kadar segera, aku terus bukak blog ni walaupun jam masa tu dah pukul 2.15 am.dan dengan tiba-tiba juga aku rasa bersalah dengan En IFS sebab menipu (aku text dia bagitahu aku tidur pukul 1.00 am). Takpela, die belum jadi suami aku lagi pun. hehehe..=')

So, dengan semangat baru yang ada dalam diri, aku pun gagah membuat perubahan pada blog ini. Background dan template, edit sana edit situ. dan beginila rupa blog aku setelah tuan empunya berpuas hati. Aku berkira-kira nak delete ja blog ni dan create satu blog baru tapi kan ke leceh namanya tu.

Entry sebelum ni pun berkobar-kobar kononnya lepas download software blogger bagai dalam smartphone bolehla berblog tapi hancur jugak dek sifat malas aku ni. Tapi sekarang aku dah pun sedar eheh.. Aku akan update apa-apa entry la janji blog aku tak bersawang.

Aku curi waktu bekerja aku ni.Jahat ke aku? Memang tak boleh berlama-lamaan dekat sini. takot kantoi..huhu..Malam nanti aku akan update lagi. So tunggu okeh..bye!!



Tanpa title


Assalamualaikum..#senyum-senyum ^^


haha..ngadekan aku nak letak gambar jugak..

 Akhirnya...aku dah kembali ke dunia blog.Ya Allah,lamenye aku tak jenguk blog aku ni. Kesian dianak tiri kan. Ikut kan hati aku mahu je aku tutup terus blog ni, hidup segan mati tak nak plak..hehe..tapi aku sayangla...

Last entry aku adalah pada bulan Disember. Saat-saat terakhir aku single..ececeh..So diam tak diam, pejam tak celik-celik..eh?..hehe. Dah masuk 6 bulan aku bergelar tunangan kepada En IFS.. Alhamdulillah <3<3..

Ini adalah entry pertama yang aku taip menggunakan aplikasi Blogaway. Sebenarnye aku memang tercari-cari aplikasi untuk blogger yang simple dan yang tak pandai dalam bab time management ni (statement ni merujuk pada diri aku..ahaks).

So lepas buat survey. Aku berjaya men'download' dua aplikasi untuk blog. Hebatkan aku hikhik.. Anyway, aku anggap ni entry comeback aku,  dengan adanya Blogaway ni hope lepas ni aku lebih rajin lagi untuk menulis.. Till then..c ya..*hugsnkisses*



Sunday 4 December 2011

Silent!!

Assalamualaikum...haiii...


ssshhhhh.....

Lamenye aku tak jenguk blog ni...rindu leww~~hahaha..gedikk!!..ok ok..tengok tajuk entry and pic aku je da tau...SILENT=SENYAP=DIAM...

Orang-orang berkata..orang tau,bukan aku...berdiam itu lebih baik...tp bagi aku diam ni kadang-kadang semakin merumitkan..betul tak?..yela,kita  tak tau ape dalam fikiran,hati,jantung ,limpa dan yang seangkatan dengannya...kan lebih baik kita saling meluahkan dan berinteraksi antara satu sama lain...

So,segala masalah terurai dan dapat diselesaikan dengan jayanya..hehehe..yek yek je aku ni kan...okla,aku mengada-ngada je start entry aku dengan mukadimah why so serius??...niat sebenar adalah di perenggan kat bawah nie...hikhikhik panggg!!! [kan da kene pelempang]....

Ok ok...nak start la ni...lately aku memang bizi...macam-macam bende aku kene buat...semua itu adalah disebabkan...jeng jeng jeng.....alhamdulillah,aku dah maju setapak dalam kehidupan aku....dengan ini di umumkan aku bakal menjadi tunangan orang dalam tempoh kurang dari sebulan...woohooooo!!...^^ clap clap...

Setakat ni persiapan berjalan lancar...berkat bantuan mak,abah dan adik beradik dan juga bakal tunang...ececehh..bakal tunang kau..hahaha...eksaited-mak~..hihihi..sungguh aku bahagia skrang...aku tak bohong...

Sejujurnya aku sangat menantikan saat ini setelah beberapa kali kecundang dalam episode sedih....aku rase berbaloi dengan semua kepedihan dan kesakitan yang telah mematangkan aku sehingga aku rase betol-betol bersedia untuk memikul tanggungjawab....[ok perenggan ini agak poyo]....

Hahahaha..tibe-tibe aku rase takde kaitan dengan tajuk aku kat atas...aku da cakap...kalau aku wat entry pnjang-panjang memang kelautla jawabnye...-_-
Takpelah,just nak share what i feel now...aku bersyukur padaMu.....aku mendiamkan diri bukan aku kosong tapi sedang melalui satu fasa baru dalam hidup aku....

Aku mengharapkan doa-doa kalian~~peace yaww ^^V