Wednesday 19 September 2012

Comeback

Assalamualaikum..

Ehhemm(berdehem sebab tajuk macam artis)..

Pagi ni aku datang ke tempat kerja dengan satu perasaan ingin membaiki hubungan aku dengan blog ini. Malam tadi semasa layan pakcik youtube, dengan tiba-tiba aku teringat yang aku dah lama tak jenguk kat sini.Aku rasa sangat-sangat-sangat bersalah. ='(

Dengan kadar segera, aku terus bukak blog ni walaupun jam masa tu dah pukul 2.15 am.dan dengan tiba-tiba juga aku rasa bersalah dengan En IFS sebab menipu (aku text dia bagitahu aku tidur pukul 1.00 am). Takpela, die belum jadi suami aku lagi pun. hehehe..=')

So, dengan semangat baru yang ada dalam diri, aku pun gagah membuat perubahan pada blog ini. Background dan template, edit sana edit situ. dan beginila rupa blog aku setelah tuan empunya berpuas hati. Aku berkira-kira nak delete ja blog ni dan create satu blog baru tapi kan ke leceh namanya tu.

Entry sebelum ni pun berkobar-kobar kononnya lepas download software blogger bagai dalam smartphone bolehla berblog tapi hancur jugak dek sifat malas aku ni. Tapi sekarang aku dah pun sedar eheh.. Aku akan update apa-apa entry la janji blog aku tak bersawang.

Aku curi waktu bekerja aku ni.Jahat ke aku? Memang tak boleh berlama-lamaan dekat sini. takot kantoi..huhu..Malam nanti aku akan update lagi. So tunggu okeh..bye!!



No comments:

Post a Comment